BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

Ceritera 12 (Penggunaan Bahasa Slanga dalam Komik)

Salam sejahtera…
Hari ini saya mahu berkongsi sedikit isu mengenai penggunaan bahasa slanga dalam komik-komik tempatan. Ramai dalam kalangan kita yang gemar membaca komik seperti Ujang, Utopia, Gempak, Apo? dan sebagainya. Apabila saya membaca komik-komik ini, saya mendapati bahawa terlalu banyak bahasa slanga yang digunakan dalam penulisan dialog komik tersebut.
Hal ini perlu diberi perhatian serius kerana minat membaca komik dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya golongan remaja mampu memberi kesan kepada mereka dalam penggunaan bahasa Melayu seharian. Mereka mudah terpengaruh melalui pembacaan komik-komik yang banyak menggunakan bahasa slanga.
Kesannya, penggunaan bahasa slanga yang meluas dalam kalangan remaja menyebabkan wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam perbualan, malah turut juga digunakan dalam penulisan. Tambahan pula, penggunaan bahasa slanga yang kian meluas ini telah melahirkan banyak istilah baru yang muncul bagi memudahkan ekspresi. Berdasarkan gambar di atas, terdapat beberapa contoh istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa slanga, iaitu:

Bahasa Slanga
Bahasa Melayu Standard
Apsal
Apa pasal (kenapa, mengapa)
Kalo
Kalau
Sapa
Siapa
Ngan
Dengan
Asik
Asyik
Abis
Habis
Camana
Macam mana (bagaimana)
Dok
Duduk
Doploh pat
Dua puluh empat
Amende
Apa benda
Cam
Macam
Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas membuktikan bahawa komik-komik tempatan banyak menggunakan bahasa slanga dalam penulisannya sehingga menimbulkan pelbagai istilah baharu. Istilah-istilah ini pada peringkat awal digunakan untuk meraih suasana sahaja, namun lama-kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam komunikasi.


0 comments: