BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 20, 2011

CERITERA 2 (Ada aku kisah?)

Assalamualaikum... Hari ini aku ingin berkongsi satu lagi isu bahasa yang aku peroleh melalui perbualan dua orang rakan ketika membeli makanan di kafe. Aku tertarik untuk menulis perbualan mereka kerana ayat yang digunakan oleh mereka itu seringkali menjadi sebutan masyarakat terutamanya golongan remaja pada masa ini. "Ada aku kisah?" itulah ayat yang aku dimaksudkan. Antara perbualan mereka yang sempat aku dengar berbunyi macam ni:

Si A : Lauk dah habis la.
Si B : Ada aku kisah?

******
Melalui situasi di atas memperlihatkan penggunaan ayat "Ada aku kisah" ini mungkin bertujuan untuk bergurau. Walau bagaimanapun, penggunaan ayat seumpama ini hanya memperlihatkan kurangnya unsur kesantunan dalam berbahasa dan sekaligus merosakkan keindahan bahasa Melayu. Penggunaan ayat "Ada aku kisah" samalah seperti penggunaan "So what?"  dalam bahasa Inggeris yang menunjukkan seseorang itu kelihatan biadap atau kurang ajar ketika berkomunikasi. Seandainya penggunaan bahasa tersebut terus menjadi amalan, sudah pasti generasi akan datang turut menggunakan bahasa seumpama itu dengan sewenang-wenangnya. Konklusinya, elakkan daripada menggunakan ayat "Ada aku kisah", untuk membina bangsa Malaysia yang tinggi nilai moralnya dan kaya dengan budi bahasa kerana "bahasa menunjukkan bangsa".

"Mengatur bahasa bererti mengatur fikiran bangsa, menambah kata-kata bahasa bererti menumbuhkan fikiran bangsa. Bahasa jiwa bangsa."

Wednesday, January 19, 2011

CERITERA 1

Kadangkala kita tidak sedar apa yang kita tutur dan bualkan dalam kehidupan kita sehari-hari sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Hari ini ketika aku melayari facebook aku terbaca komen pada gambar salah seorang rakan facebook aku. Komen tu memang kurang sopan untuk tatapan semua orang kerana boleh menjatuhkan air muka seseorang. Bagi aku orang tu bukannya komen tapi lebih kepada mengutuk atau menghina orang dalam gambar tersebut. Aku yang membaca ni pun pedih telinga, inikan pula orang yang kena kutuk tu. Lebih kurang macam ni la komen tu:

Ingat cantik ke? Dah la gemuk macam badak...

****
Saya percaya anda juga pernah membaca komen-komen yang menggunakan kata-kata kesat seumpama ini. Persoalannya, wajarkah kata-kata seperti ini diungkapkan atau ditulis untuk tatapan umum dalam  facebook atau laman sesawang yang lain? Bagi saya penggunaan kata-kata kesat atau berbentuk penghinaan, maki hamun dan sebagainya tidak seharusnya diungkapkan walaupun hanya untuk bergurau kerana boleh menjatuhkan maruah seseorang. Sebaik-baiknya, gunalah bahasa yang sopan dalam penulisan walaupun hanya sekadar komen biasa. Hal ini kerana bahasa mencerminkan peribadi seseorang. Penggunaan bahasa yang lemah-lembut dan bersopan mampu mencerminkan peribadi penuturnya yang berbudi. Sebaliknya, melalui penggunaan bahasa yang kurang sopan seperti situasi di atas hanya mencerminkan peribadinya yang berakhlak buruk.

"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu, tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"





Assalamualaikum...

Salam perkenalan buat semua rakan2 seperjuangan. Terima kasih kerana sudi "menjenguk" blog saya yang tidak seberapa ini. Syukran khatiran!!! Buat pertama kalinya saya menghasilkan blog saya sendiri setelah hampir sekian lama hanya melawat dan melewati blog rakan2 yang lain. Menerusi kursus Sosiolinguistik Bahasa Melayu inilah saya diberi peluang dan pendedahan untuk menghasilkan blog sendiri. Maka, dengan itu wujudlah blog yang berjudul "Bermulanya Sebuah Ceritera".

"Jangan lihat apa yang diusahakan, tetapi lingatlah apa yang belum diselesaikan"