BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 19, 2011

CERITERA 1

Kadangkala kita tidak sedar apa yang kita tutur dan bualkan dalam kehidupan kita sehari-hari sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Hari ini ketika aku melayari facebook aku terbaca komen pada gambar salah seorang rakan facebook aku. Komen tu memang kurang sopan untuk tatapan semua orang kerana boleh menjatuhkan air muka seseorang. Bagi aku orang tu bukannya komen tapi lebih kepada mengutuk atau menghina orang dalam gambar tersebut. Aku yang membaca ni pun pedih telinga, inikan pula orang yang kena kutuk tu. Lebih kurang macam ni la komen tu:

Ingat cantik ke? Dah la gemuk macam badak...

****
Saya percaya anda juga pernah membaca komen-komen yang menggunakan kata-kata kesat seumpama ini. Persoalannya, wajarkah kata-kata seperti ini diungkapkan atau ditulis untuk tatapan umum dalam  facebook atau laman sesawang yang lain? Bagi saya penggunaan kata-kata kesat atau berbentuk penghinaan, maki hamun dan sebagainya tidak seharusnya diungkapkan walaupun hanya untuk bergurau kerana boleh menjatuhkan maruah seseorang. Sebaik-baiknya, gunalah bahasa yang sopan dalam penulisan walaupun hanya sekadar komen biasa. Hal ini kerana bahasa mencerminkan peribadi seseorang. Penggunaan bahasa yang lemah-lembut dan bersopan mampu mencerminkan peribadi penuturnya yang berbudi. Sebaliknya, melalui penggunaan bahasa yang kurang sopan seperti situasi di atas hanya mencerminkan peribadinya yang berakhlak buruk.

"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu, tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"





0 comments: