BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 20, 2011

CERITERA 2 (Ada aku kisah?)

Assalamualaikum... Hari ini aku ingin berkongsi satu lagi isu bahasa yang aku peroleh melalui perbualan dua orang rakan ketika membeli makanan di kafe. Aku tertarik untuk menulis perbualan mereka kerana ayat yang digunakan oleh mereka itu seringkali menjadi sebutan masyarakat terutamanya golongan remaja pada masa ini. "Ada aku kisah?" itulah ayat yang aku dimaksudkan. Antara perbualan mereka yang sempat aku dengar berbunyi macam ni:

Si A : Lauk dah habis la.
Si B : Ada aku kisah?

******
Melalui situasi di atas memperlihatkan penggunaan ayat "Ada aku kisah" ini mungkin bertujuan untuk bergurau. Walau bagaimanapun, penggunaan ayat seumpama ini hanya memperlihatkan kurangnya unsur kesantunan dalam berbahasa dan sekaligus merosakkan keindahan bahasa Melayu. Penggunaan ayat "Ada aku kisah" samalah seperti penggunaan "So what?"  dalam bahasa Inggeris yang menunjukkan seseorang itu kelihatan biadap atau kurang ajar ketika berkomunikasi. Seandainya penggunaan bahasa tersebut terus menjadi amalan, sudah pasti generasi akan datang turut menggunakan bahasa seumpama itu dengan sewenang-wenangnya. Konklusinya, elakkan daripada menggunakan ayat "Ada aku kisah", untuk membina bangsa Malaysia yang tinggi nilai moralnya dan kaya dengan budi bahasa kerana "bahasa menunjukkan bangsa".

"Mengatur bahasa bererti mengatur fikiran bangsa, menambah kata-kata bahasa bererti menumbuhkan fikiran bangsa. Bahasa jiwa bangsa."

0 comments: