BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 12, 2011

Ceritera 10 (Kesalahan Hukum DM yang sering dilakukan)


Salam sejahtera…

Pada kali ini aku akan mengulas isu bahasa yang berkaitan dengan kesalahan hukum DM yang sering dilakukan oleh segelintir individu. Situasi ini tercetus ketika aku sedang menjamu selera bersama rakan serumah.

            Rakan serumah: Kak Hajar, tolong ambil cili sos jap.

Penggunaan perkataan cili sos adalah salah dari segi hukum tatabahasa kerana melanggar hukum DM. Apakah hukum DM? Hukum DM ialah perkara yang diterangkan mesti mendahului perkara yang menerangkan. Dalam kata majmuk cili sos, cili merupakan unsur yang menerangkan manakala sos pula merupakan unsur yang diterangkan. Oleh hal yang demikian, kata majmuk cili sos telah melanggar hukum DM dan yang sebetulnya ialah sos cili.

          Kadangkala, sestengah individu tahu akan kesalahan hukum DM ini, tetapi masih melakukannya kerana telah menjadi kebiasaan dalah pertuturan seharian mereka. Selain daripada cili sos, terdapat lagi beberapa perkataan yang sering digunakan yang melanggar hukum DM seperti mini telekung, Nani Kedai Roti, mini bas, goreng pisang dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya peka ketika menggunakan bahasa sama ada dalam lisan mahupun tulisan agar keindahan bahasa Melayu terus terjamin.

0 comments: