BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

Ceritera 14 (Kerancuan Bahasa dalam Sebutan)



Salam perpaduan…
Baru-baru ini salah seorang rakan sekelas saya yang berbangsa Cina telah melakukan pembentangan semantik. Dalam pembentangan tersebut saya dapati dia banyak melakukan kesalah sebutan, terutamanya bagi perkataan yang mengandungi huruf ‘r’. Antara perkataan yang salah sebutannya seperti berikut:
            Pelibahasa       -           peribahasa
            Ibalat               -           ibarat
            Pekala              -           perkara
Selupa              -           serupa
Banyiak           -           banyak
Kerancuan dalam sebutan ini mungkin disebabkan oleh faktor pengaruh bahasa ibunda yang kuat dalam diri individu tersebut. Walau bagaimanapun, seorang bakal guru bahasa Melayu seharusnya fasih dalam pertuturan walaupun bukan berbangsa Melayu. Tidak dinafikan bahawa kerancuan bahasa seperti ini, sedikit banyak akan mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan bahasa-bahasa tersebut dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar untuk membandingkan bahasa baku yang betul dan sebaliknya.

0 comments: