BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 12, 2011

Ceritera 11 (Kesalahan Sebutan e taling dan e pepet)


Lagu Kalau Berpacaran, nyanyian Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet amat popular pada ketika ini. Boleh dikatakan ramai yang meminati lagu tersebut termasuklah diriku sendiri. Lagu ini amat sesuai ditujukan kepada para remaja yang sedang hangat bercinta sebagai satu unsur  nasihat atau pengajaran yang boleh diteladani oleh mereka.

       Walau bagaimanapun, lagu ini mempunyai sedikit kesalahan bahasa dari segi sebutan beberapa perkataan. Sedarkah anda bahawa lagu ini mengandungi sebutan perkataan yang salah? Dalam lagu ini perkataan pegang, [pəgaŋ] disebut [pegaŋ] dan perkataan renggang, [rəŋgaŋ] disebut [reŋgaŋ]. Perkara ini walaupun dilihat seperti isu picisan sahaja, namun jika dibiarkan sudah pastinya isu yang kecil ini akan menjadi lebih serius dan parah. Sebutan yang salah ini dikhuatiri akan menjadi ikutan masyarakat, terutamanya golongan kanak-kanak dan golongan remaja yang akhirnya akan menjadi kebiasaan kepada mereka menyebut perkataan yang salah itu. Seandainya masalah ini timbul, maka sukarlah untuk kita membentuk sebuah negara yang mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat selaras dengan hasrat memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia.

0 comments: