BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 12, 2011

Ceritera 7 (Pencemaran Bahasa)



 Assalamualaikum…
Isu bahasa yang akan diketengahkan pada hari ini adalah berkaitan dengan pencemaran bahasa dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Ilham ini aku peroleh selepas mendapat SMS dari rakan sekolahku dahulu kerana bahasa SMS yang digunakannya begitu sukar untuk difahami. SMS tersebut berbunyi seperti berikut:

“aq xbley blah ngan dier,aq skunk borink kat dier,x lma agi nk rejek dier”

Menerusi SMS diatas jelas bahawa setiap ejaan yang ditulis adalah berbeza sama sekali dengan ejaan sebenar. Seandainya ingin membuat singkatan sekalipun, gunalah singkatan yang mudah difahami oleh semua orang seperti ‘dengan’ menjadi ‘dgn’ bukannya ‘ngan’. SMS ini memperlihatkan betapa susahnya untuk kita memahami ayat tersebut dan anda sendiri dapat melihat betapa jeleknya bahasa yang digunakan.
Oleh itu, seandainya bahasa SMS diteruskan dalam penulisan, tidak mustahil dikatakan bahasa Melayu akan hilang keindahan dan identiti bahasa tersebut. Jika tidak dipantau, perkataan yang bersifat kelampuan ini akan diguna pakai oleh generasi muda secara berleluasa dan seterusnya akan merosakkan bahasa kita dan mencemarkan identiti bahasa kebangsaan kita.

0 comments: