BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

Ceritera 18 (Nama-nama Tempat di Malaysia)


Hari ini saya akan mengupas isu berkaitan pemberian nama-nama tempat di Malaysia yang di pengaruhi oleh unsur-unsur Inggeris. Ilham ini timbul ketika saya membaca majalah Libur, iaitu majalah yang memaparkan tempat-tempat pelancongan dalam negara kita. Berdasarkan pembacaan majalah tersebut saya mendapati bahawa banyak nama-nama tempad di Malaysia yang diletakkan dengan nama-nama Inggeris seperti, Cameron Highlands, Genting Highlands, Country Height, Country Homes, Valensia dan sebagainya. Apa yang menghairankan saya ialah tempat-tempat ini bukannya terletak di luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, London, mahupun negara-negara lain, tetapi sebenarnya hanya terletak dinegara Malaysia sahaja yang nyata terdiri daripada tiga kaun terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Banggsa Inggeris tidak pun menjadi kaum majoriti. Mengapa bahasa tersebut diagung-agungkan?
            Jika kita perhatikan, negara Jerman, Itali, Perancis, Jepun dan banyak lagi negara-negara lain yang menggunakan bahasa mereka sendiri untuk membangunkan negara. Kita seharusnya mengambil contoh negara-negara seperti ini yang tetap memelihara bahasa mereka sendiri dalam kehidupan seharian. Berbalik kepada isu yang diketengahkan tadi, kerajaan seharusnya memandang serius terhadap isu ini. Kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-undang dalam menentukan nama-nama tempat di Malaysia agar identiti negara tidak terus tercemar dengan keadaan seumpama ini.

0 comments: