BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

Ceritera 15 (Apakah Maksud Cumbu?)

Salam perpaduan...


Apakah maksud sebenar bagi perkataan cumbu?
Selama ini saya menyangkakan perkataan cumbu membawa maksud cium atau kucup. Sebenarnya sangkaan saya meleset sama sekali. Maksud cumbu yang sebenarnya adalah seperti berikut:

Cumbu
1. kata-kata manis yang dituturkan (sewaktu memujuk, berkasih-kasihan dan lain-lain).  
2. senda gurau, lawak jenaka, kelakar. 

Bercumbu-cumbuan 
1. saling berbalas kata-kata manis, pujuk-memujuk (sewaktu berkasih-kasihan), bercengkerama  
2. berjenaka, berkelakar, bersenda gurau.
Menerusi maksud-maksud di atas, jelas bahawa maksud sebenar bagi perkataan cumbu bukanlah perbuatan mencium atau mengucup seseorang. Hal ini menunjukkan betapa dangkalnya pengetahuan saya bahasa Melayu. Oleh itu, wajarlah bagi setiap individu untuk meningkatkan pengetahuan tentang bahasa Melayu agar martabat bahasa Melayu dapat diangkat dan dijulang di persada dunia.

0 comments: