BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

Ceritera 21 (Hilangnya Keindahan Peribahasa)


Salam sejahtera…

Isu yang akan diketengahkan pada hari ini adalah berkaitan dengan keindahan peribahasa yang kian hilang. Berdasarkan komik yang dibaca, didapati bahawa peribahasa Melayu semakin lama semakin diubah kata-katanya menjadi peribahasa baru kerana dikatakan mengikut peredaran zaman. Seperti contoh dialog yang terdapat di atas, jelas bahawa sesetengah individu sewenang-wenangnya mengubah bentuk beribahasa yang dicipta oleh orang dahulu menjadi satu bentuk peribahasa baru. Dialog di atas menunjukkan dua peribahasa Melayu yang telah diubah ,iaitu peribahasa berat mato memandang, berat laei beg sekolah yang disandang dan ringan sama dijinjing… berat beg sendiri pikul la pak cik.
Peribahasa berat mato memandang, berat laei beg sekolah yang disandang merupakan peribahasa yang diolah daripada peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, manakala peribahasa ringan sama dijinjing… berat beg sendiri pikul la pak cik pula diolah daripada peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Walaupun pengolahan peribahasa ini dikatakan sesuatu yang mengikut peredaran zaman, namun hakikatnya peribahasa tersebut telah tercemar sehingga menghilangkan nilai estetik peribahasa tersebut.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala dan masih relevan digunakan sehingga sekarang. Oleh itu, tidak sewajarnya kita mengolah peribahasa-peribahasa yang diwariskan dari nenek moyang kita dahulu menjadi peribahasa yang kurang nilai estetiknya.
Contoh peribahasa lain yang telah diolah:
·         kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke bawah
·         tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan 
·         tiada rotan, pelempang berguna juga akhirnya
·         biar lambat asalkan lembab
·         biar putih tulang jangan kuning gigi
·         dimana ada gula disitulah ada gula-gula
·         carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
·         secupak takkan jadi 18 cupak
·       gajah mati meninggalkan gusi, udang harimau mati meninggalkan isi, manusia mati meninggalkan dunia

0 comments: