BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

Ceritera 16 (Dialek Utara)



Assalamualaikum…
Pada kali ini saya mahu berkongsi satu isu mengenai dialek utara. Saya berasal dari salah sebuah negeri yang terletak di utara Malaysia, iaitu Pulau Pinang. Dialek bagi negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara adalah hampir sama dialeknya.
            Ketika berbual bersama-sama rakan serumah, kadangkala saya menggunakan dialek utara untuk berkomunikasi dengan mereka walaupun mereka bukanlah berasal dari utara. Hal ini telah menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang tidak mengetahui dialek utara. Contohnya:
            Aku: Ila, kalau nak makan roti tu ambil la.
            Ila: Bukan roti la Kak Hajar, tapi biskut.
Bagi dialek utara, roti boleh membawa dua maksud, iaitu roti atau biskut. Hal ini samalah seperti perkataan kasut. Tidak ada perbezaan dari segi panggilan kasut dengan selipar. Orang utara turut memanggil selipar dengan nama kasut. Perkara ini tidak seharusnya berlaku walaupun dalam situasi tidak rasmi kerana menimbulkan keraguan pendengar atau orang yang berkomunikasi dengan kita. Oleh itu kita sememangnya harus mendasari penggunaan dialek sosial, khususnya ketika berkomunikasi dengan orang lain.

0 comments: