Salam perpaduan…
Cuba anda perhatikan kedua-dua gambar tersebut. Apakah yang anda fikirkan?
Sebenarnya, kedua-dua gambar tersebut menunjukkan penggunaan bahasa Inggeris pada nama kedua-dua restoran tersebut. Situasi ini telah menunjukkan rakyat Malaysia gemar menggunakan bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris dalam apa jua perkara sekalipun termasuklah dalam hal-hal seperti memberi nama pada kedai-kedai atau restauran. Hal ini menunjukkan bahawa kita terlalu mengagung-agungkan bahasa asing daripada bahasa ibunda sendiri. Jika masyarakat Cina berbangga dengan bahasa Mandarin mereka dan masyarakat Perancis mengagung-agungkan bahasa mereka sendiri, mengapa kita bangsa Melayu tidak bersikap sebegitu?
Alangkah baiknya sekiranya semua pengusaha premis makanan menggunakan bahasa Melayu dalam memberi nama pada restoran mereka. Mereka boleh mencontohi pengusaha restoran makanan laut yang memilih nama Rasa Samudera meskipun restoran tersebut dibuka di tengah-tengah kota metropolitan London. Oleh itu, diharap semua pengusaha premis makanan menggunakan bahasa Melayu dalam menamai restoran mereka agar bahasa melayu dapat dikembangkan hingga ke peringkat antarabangsa.
Salah satu restoran di London yang menggunakan bahasa Melayu pada nama restorannya.
0 comments:
Post a Comment