Terdapat pelbagai perkataan dalam dialek Terengganu yang mempunyai pelbagai makna yang mendasari sesuatu kata. Hal ini dapat dilihat dalam dialek-dialek seperti yang disenaraikan dibawah:
Perkataan | Maksud dalam Dialek Terengganu | Maksud Kamus |
Gong | Sombong | -Sejenis alat permainan muzik tradisional |
Gaduh | Terburu-buru | -gempar, huru-hara, riuh-rendah -pertengkaran, perkelahian -campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau |
Corong | Merenung mata | -saluran yang berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya utk menuang air (minyak dll) supaya jangan tumpah |
Imbuh | Berbaloi | -bicara (suara) alat yang berbentuk kelongsong utk menguatkan suara -asap salur tempat asap keluar, cerobong, serombong |
Malang | Malam | -letaknya melintang (mengalang) -nasib yang tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial |
Berdasarkan contoh-contoh di atas jelas bahawa dialek Terengganu mempunyai variasi makna yang berbeza dari maksud kamus yang sebenarnya. Hal ini menggambarkan betapa uniknya dialek Terengganu tersebut. Sedar atau tidak, setiap dialek Melayu yang ada seluruh pelusuk nusantara sememangnya telah memperkayakan bahasa Melayu termasuklah dialek Terengganu itu sendiri.
Walau bagaimapun, penggunaan dialek-dialek ini dalam situasi sosial ketika berhubung dengan orang lain kemungkinan akan menimbulkan salah faham terhadap maksud dialek tersebut. Contohnya, perkataan “malang” yang dituturkan oleh masyarakat Terengganu akan menimbulkan kekeliruan makna terhadap perkataan tersebut. Seandainya perkataan itu digunakan ketika bertutur dengan orang Kedah, misalnya akan menimbulkan salah faham terhadap makna tersebut kerana di Kedah perkataan malang itu bererti nasib yang tidak baik. Hal ini amat berbeza dengan makna yang diketengahkan oleh dialek Terengganu, iaitu bermaksud malam. Oleh itu, penggunaan dialek boleh digunakan dalam komunikasi tetapi bergantung kepada kelompok sosial yang mendasarinya.
0 comments:
Post a Comment