BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 12, 2011

Ceritera 8 (Penggunaan Dialek dalam P&P)


Assalamualaikum…

Baru-baru ini ketika aku menjalankan pengajaran makro di sebuah sekolah, aku sempat mendengar perbualan seorang guru dengan pelajarnya ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)  berlangsung. Ketika sesi P&P itu berlangsung, aku mendapati bahawa guru tersebut menggunakan dialek daerah tersebut ketika berkomunikasi dengan pelajarnya. Antara contoh dialek yang digunakan adalah seperti berikut:
          
  Guru: Hampa jangan pelekat lagi bahan tu dalam buku latihan.

Berdasarkan komunikasi di atas jelas bahawa sesetegah guru tidak menggunakan bahasa Melayu standard dalam sesi P&P. Mungkin guru tersebut menggunakan dialek ketika berkomunikasi dengan pelajar agar pelajarnya dapat memahami sesuatu yang disampaikan dengan mudah. Walau bagaimanapun, guru tersebut seharusnya menggunakan bahasa standard dalam pengajarannya kerana dengan menggunakan bahasa standard sahaja yang akan dapat meningkatkan penguasaan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar itu sendiri.

Seseorang guru itu juga perlu menggunakan kosa kata yang standard meskipun guru tersebut telah sering menggunakan kosa kata lain dalam dialek negerinya. Dalam dialek Kedah misalnya perkataan ‘mangli’ digunakan untuk maksud ‘lali’, ‘roti’ untuk maksud ‘biskut’, perkataan ‘awat’ untuk kata tanya mengapa atau kenapa, ‘pi’ untuk maksud ‘pergi’ dan banyak lagi. Selain itu dari segi penggunaan kata ganti nama diri juga turut menimbulkan kekeliruan. Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) dan hang (dialek utara bermaksud kamu).

Selain itu, seorang guru perlu mengelakkan dirinya daripada menggunakan dialek semasa mengajar, seboleh-bolehnya beliau juga perlu bijak membezakan penggunaan bahasa berdasarkan konteks juga. Berdasarkan konteks yang umum pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. Sebaik-baiknya seorang guru apabila berhadapan dengan anak muridnya perlu mengelakkan diri daripada menggunakan bahasa yang tidak formal.

0 comments: