BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

Ceritera 19 (Fungsi Bahasa Melayu)

Isteri    : Abang, boleh tolong Fiza tak?
Suami  : Apa dia?
Isteri    : Tolong angkatkan pasu bunga ini ke sana.
Suami  :  Baiklah. Hendak letak di mana ni?
Isteri    : Letakkan di penjuru bilik ini. Hati-hati nanti rosak.
Suami  : Jangan risau. Takkan rosak punya.

Situasi ini saya ambil daripada perbualan abang dan kakak ipar saya ketika pulang ke kampung baru-baru ini. Apakah penggunaan bahasa dalam situasi ini? Secara kasar dapat dikatakan bahawa dengan menggunakan bahasa, seorang isteri berjaya meminta pertolongan suaminya. Tanpa penggunaan bahasa perkara ini dapat juga dilakukan, iaitu menyampaikan buah fikiran yang sama dengan menggunakan bahasa isyarat, gerak-geri tangan atau kaki dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buah fikiran itu lebih mudah disampaikan dengan menggunakan bahasa lisan. Dengan melafazkan dua atau tiga ayat beserta gerakan badan yang sesuai, sesuatu maksud akan lebih mudah diasampaikan. Itulah fungsi bahasa kita, iaitu sebagai alat perhubungan, alat untuk menyatakan buah fikiran dan alat untuk menjayakan aktiviti seharian seperti yang terdapat dalam situasi di atas.

0 comments: