BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

Ceritera 13 (Pencemaran Bahasa dalam Iklan)

Gambar yang dipaparkan ini merupakan salah satu contoh pencemaran bahasa pada iklan. Saya fikir banyak lagi papan iklan sebegini di merata-rata tempat di negara kita. Hal ini menggambarkan pemikiran rakyat negara ini yang keliru dengan identiti mereka. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris? Pencemaran bahasa pada iklan ini begitu jelas. Cuba anda perhatikan slogan kata bagi iklan Gintell ini. Slogan kata bagi iklan ini menunjukkan pencemaran bahasa, iaitu percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Slogan kata itu berbunyi seperti berikut:
            GINTELL “Is My Pilihan Muktamad”
Melalui iklan ini kita dapat melihat senario penggunaan bahasa rojak yang kini menjadi satu budaya yang kian menular dalam industri pengiklanan. Iklan ini sewajarnya menggunakan bahasa Melayu seratus peratus dalam pengiklanannya agar mesej yang disampaikan itu berkesan dan berkualiti. Mesej hanya akan sampai kepada pengguna apabila bahasa yang digunakan mudah difahami. Bahasa Melayu itu indah, kita perlu kreatif menggunakannya dalam menyampaikan sesuatu mesej.

0 comments: