BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

Ceritera 17 (Penggunaan Bahasa Singkatan dalam Penulisan Blog)


Salam perpaduan..
Owkay…ape pndpt korang ttg isu yg ak tls..? Interesting x…? ape tndakan yg ak nk wat pas ni ek…?
Pada kali ini saya akan mengetengahkan isu penggunaan bahasa singkatan dalam penulisan blog. Jika diteliti, kebanyakan blog menggunakan bahasa singkatan dalam penulisannya terutamanya bagi blog-blog yang dibina bukan tujuan ilmiah. Ayat di atas merupakan sebahagian kecil sahaja daripada sekian banyak bahasa-bahasa singkatan yang digunakan dalam penulisan blog. Majoriti pengguna bahasa singkatan ini ialah kaum wanita. Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa singkatan dalam penulisan blog ini tidak sedar bahawa betapa sukarnya pembaca untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
           Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh keterbiasaan memasukkan bahasa perbualan seharian dalam penulisan mereka. Tambahan pula, mereka yang menggunakan bahasa singkatan ini adalah terdiri daripada golongan yang berpelajaran tinggi atau layak digelar sebagai orang bijak pandai. Walau bagaimanapun, kebijaksanaan mereka itu disalahgunakan sehingga mampu mengolah bahasa kita menjadi bahasa yang sukar untuk difahami. Oleh itu, perkara seumpama ini seharusnya tidak berlaku dalam kalangan kita kerana perbuatan ini hanya merosakkan mutu bahasa Melayu yang menjadi keagunagan kita.

0 comments: