BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

Ceritera 24 (Penggunaan Dialek dalam Novel)


Assalamualaikum...
Baru-baru ini saya baru menyiapkan salah satu tugasan kumpulan bagi kursus Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Tugasan yang saya siapkan ini mengenai kajian dialek dalam novel Seluang Menodak Baung, karya Shahnon Ahmad. Dialek yang terdapat dalam novel tersebut ialah dialek Kedah. Terdapat pelbagai dialek Kedah yang digunakan dalam penulisan novel ini seperti meranduk, menokak, sigai, gelap gelemat, bersempera, gubuk, menajuk, mengapuk, caruk, reba, perung, garuk, kelewang, kole, tercetok, melongo, mangli, lembek dan sebagainya.
            Pada dasarnya, penggunaan dialek Kedah bertujuan memantapkan gambaran pewarnaan setempat, khususnya gambaran masyarakat desadi Kedah yang cuba digambarkan dengan sejelas dan seasli mungkin. Selain itu, penggunaan dialek Kedah juga berfungsi menghubungkan psikologi pembaca dengan karya penulis secara lebih intim agar dapat meresap ke dalam jiwa pembaca kerana bahasa adalah jiwa sesuatu bangsa. Penggunaan dialek ini juga mampu membawa pembaca ke dunia yang dibayangkan oleh novel tersebut dengan lebih dekat. Oleh itu, jelaslah bahawa dialek bukan sahaja menjadi bahasa komunikasi sosial bagi sesebuah daerah tetapi juga mampu menjadi wadah dalam dunia penulisan untuk menghuraikan maksud-maksud tertentu yang tidak dapat dihuraikan oleh bahasa standard, terutamanya dalam bidang sastera.

0 comments: