Kali ini aku akan mengetengahkan isu lagu-lagu Melayu yang banyak menggunakan bahasa rojak dalam lirik lagu yang dihasilkan. Ketika mendengar lagu ini, aku merasa terpanggil untuk mengulas tentang lirik atau bait-bait kata yang digunakan dalam lagu ini. Lagu Kantoi nyanyian Zee Avi ini sememangnya cukup jelas memperlihatkan pengguaan bahasa rojak dalam lirik lagu tersebut. Hal ini telah menunjukkan bahawa dunia seni suara tanah air telah merosot nilai jati diri Melayunya. Lirik lagu mula dirojakkan bahasanya atas alasan mahu memberi nilai komersial yang lebih ke atas lagu yang dihasilkan.Penulis lirik seharusnya lebih peka dalam kepentingan penggunaan bahasa yang betul .Kedaulatan bahasa kebangsaan haruslah dikekalkan,bukan dicemarkan dengan penggunaan bahasa rojak walaupun ada yang menganggap isu bahasa rojak dalam penghasilan lagu adalah sebuah isu picisan yang tidak perlu di ketengahkan.
Penggunaan bahasa rojak dalam penulisan lirik lagu sudah menjadi budaya dalam masyarakat di Malaysia. Sepatutnya perkara itu tidak patut atau tidak boleh sama sekali berlaku kerana bahasa adalah salah satu unsur pembentukan jati diri dalam diri setiap masyarakat di Malaysia. Jika masyarakat sendiri tidak memartabatkannya, maka tidak mustahillah masyarakat lain tidak akan menghormatai bahasa kita.
Oleh itu, percampuran lirik lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di dalam industri muzik kita merupakan satu masalah yang perlu ditangani segera. Hal ini kerana, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah memartabatkan bahasa Melayu supaya tidak dicemari oleh bahasa asing. Lirik lagu juga merupakan salah satu langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu kerana lagu-lagu Melayu boleh didengar oleh semua peringkat umur.
0 comments:
Post a Comment